SMIH: Debate Workshop Help University and Pei Chun High School

Assalam dan salam sejahtera . Pada hari Jumaat yang lalu, 28 Jun 2019 pasukan debat Bahasa Inggeris Sek Men Islam Hidayah telah menghantar dua pasukan seramai 6 org murid iaitu Muhammad Musab Umaiyr bin Suryani (f2), Syamil Rahman bin Muhammad Lukman (f2), Muhammad Umar bin Nor’azim (f2), Asmaa’ Amanina binti Baharin (f2), Marissa binti Mohd Razif (f2) Dan Adrianna Nur Najihah binti Azizan (f1) telah menghadiri “Debate Workshop Help University and Pei Chun High School” di Pontian.

Bengkel ini bermula 8 pagi sehingga 4 petang yang dikelolai oleh fasilitator Universiti Help.

Ini merupakan bengkel kedua yang diadakan dengan kerjasama Sekolah Menengah Pei Chun dan Universiti Help berkolaborasi dengan Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Murid-murid ini mendapat banyak pendedahan teknikal dalam menyampaikan pengucapan awam yang mantap dan berkesan khususnya dalam medan perdebatan. Di samping itu, bengkel ini menjadi aktiviti silang budaya dan menyambung jaringan persahabatan antara dua buah sekolah.

Pasukan ini diiringi oleh guru debat , Cik Siti Aminah binti Mazlan dengan dibantu oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En Ezaidin Norman . Program ini seterusnya memberi peluang kepada team debat kita terlibat dalam perbahasan persahabatan pada 19 Julai 2019 di sekolah yang sama.

Syabas & tahniah buat pasukan junior debat SMIH ini , semoga terus maju jaya.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda