SMIH: Daurah Katibah Ali Abi Talib Tingkatan 1

0
334

Pada Jumaat (12 Julai 2019), seramai 76 orang banin dan 46 banat telah menghadiri daurah khusus bagi Katibah Ali Abi Talib Tingkatan 1 yang bertajuk “Ini Sejarah Kita”.

Daurah mengikut katibah ini adalah bertujuan memberi kesedaran kepada peserta bahawa mereka hebat kerana Islam yang mereka Imani. Sebagaimana kata-kata Saidina Umar Al-Khattab: “Kami adalah kaum yang Allah muliakan dengan Islam”

Ia juga bertujuan memberikan kesedaran kepada peserta bahawa mereka memikul peranan penting sebagai remaja muslim. Bukan hanya mengikut dan hanyut dengan peredaran zaman.