Kelab Robotik SRIH Johor Bahru Terima Sumbangan Robot SUMO

Pada 1 Julai 2019 yang lalu, Kelab Robotik Sekolah Rendah  Islam Hidayah Johor Bahru (SRIH JB) telah menerima sumbangan 5 buah robot daripada Synapse Innovation Sdn Bhd.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Dr Afzanizanfaizal Abdullah kepada Guru Besar SRIH dengan disaksikan beberapa wakil Lembaga Pusat Pendidikan Hidayah. Turut hadir bersama Ustaz Muhamad Razif Ramli, PK Ko-Kurikulum, dan wakil Kelab Robotik SRIH, Ustaz Mohd Saleh.

Semoga dengan sumbangan ini Kelab Robotik SRIH akan lebih rancak dalam menjalankan aktivit kelab. Bagi tuan puan yang berminat untuk salurkan sumbangan kepada Kelab Robotik SRIHJB, boleh berhubung dengan dengan Ustaz Mohd Saleh Mohamed di talian 0137782974.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda