Mukhayyam Tingkatan 3 SMIH JB

Seramai 164 org murid tingkatan 3 Sekolah Menengah Islan Hidayah Jb telah mengikuti program Mukhayyam Kadet Remaja Sekolah (KRS) di Telok Gorek Mersing Johor pd 11 hingga 13 April baru-baru ini dengan tema program “Qudwah Qabla Dakwah”.

Program ini disertai 13 orang guru dan dibantu oleh 18 orang fasilitator yang terdiri daripada murid-murid ting.5.Program ini juga dilihat sebagai pemangkin untuk melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri tinggi dan bertakwa.


Diharapkan semua peserta dapat menghayati pengajaran di sebalik semua aktiviti yang dijalankan di samping meningkatkan kualiti insaniah mereka.

Penganjuran program ini mampu mencapai objektif kerana keseluruhan aktiviti benar-benar memberi impak.

Pada masa sama ia turut menarik minat pelajar untuk melakukan aktiviti membina keyakinan diri yang disediakan ikhtiar hidup, pandu arah, kembara malam dan jungle trakking dan lain-lain. Keseluruhan mukhayyam yang diadakan di Telok Gorek Mersing itu telah mencapai objektif.
Kemudahan yang ada dapat menampung semua aktiviti yang dijalankan.

Penglibatan pelajar begitu komited sekali malah mereka amat teruja apabila berpeluang melakukan aktiviti yang disediakan.

Jazakillah khairan kathira kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama pengetua dan barisan pentadbiran sekolah ,guru-guru yang terlibat, fasilitator serta ibubapa murid yg sentiasa memberi sokongan dan bantuan.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda