Creative Lab 2019

Program ini telah dihadiri oleh murid-murid tingkatan 3 SMIH seramai 166 orang pelajar anjuran Panitia Rekebentuk Teknologi. Program ini diadakan bagi membantu murid-murid dalam kerja kursus subjek Rekabentuk Teknologi PT3 2019.

Program ini dikendalikan oleh Cik Amirah Dayana binti Azlan dari Education Engineering UTM yang merupakan Alumni SIH.

Dalam program ini murid-murid didedahkan dengan info dan maklumat berkaitan inovasi dan kreativiti:
1) Skill pertanyaan
2) Idea yang luarbiasa
3) Prinsip Inventif

Semoga murid-murid yang terlibat dapat memanfaatkn segala ilmu yang dicurahkan.

Tahniah kepada semua pelajar dan guru-guru Rekabentuk Teknologi yang terlibat.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda