Berminat Bekerja di Hidayah?

0
12814

Kami mengalu-alukan calon guru yang berperibadi muslim/muslimah, berdedikasi dan komited untuk menjadi sebahagian dari warga kami.  Calon-calon  dialu-alukan memohon secara ‘on-line’ bila-bila masa walaupun tiada kekosongan buat masa ini. Permohonan calon akan disimpan dan dipanggil untuk temuduga jika ada kekosongan yang sesuai dengan kelayakan calon.

Cara memohon:
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui e-mel dengan menghantar CV kepada pihak kami ke masini@hidayah.edu.my

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami melalui e-mel tertera atau telefon kami di 07-5951208 (Pn Masini binti Abd Latif) pada waktu pejabat (8.00 pg – 4.30 ptg)

*Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi bila ada kekosongan jawatan.

Terima kasih.

Tarikh posting : 22 September 2019

PUSAT PENDIDIKAN HIDAYAH BHD

PEGAWAI TADBIR (PENGURUSAN SUMBER MANUSIA dan/atau PENTADBIRAN)

STATUS JAWATAN : TETAP
JULAT GAJI : RM 1400- RM 2000
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 SEPTEMBER 2019

Syarat Kelayakan:
1. Memiliki Diploma/ Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pentadbiran/ Pengurusan ( Pengurusan Sumber Manusia) atau yang berkaitan dengannya . Yang berpengalaman juga dialukan.
2. Kemahiran yang baik dalam pengurusan dan pentadbiran.
3. Mahir dalam penggunaan Microsoft Word, Excel dan Powerpoint
4. Bertanggungjawab, amanah, proaktif dan mempunyai kemahiran interpersonal yang baik.
5. Berperibadi muslim/muslimah dan bersedia untuk mengikuti sistem tarbiah sekolah.
6. Tidak merokok/vape.
7. Warganegara Malaysia/ Penduduk Tetap
8.Yang mempunyai pengalaman diutamakan.

Kelebihan yang diberikan: Elaun Tambahan,elaun perubatan, saguhati 2 kali setahun, kenaikan gaji tahunan,elaun perumahan, potongan yuran (untuk anak yang bersekolah di Hidayah) dan lain-lain yang tertakluk di dalam Skim Perkhidmatan PPH.

Cara memohon:
• Permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui e-mel dengan menghantar CV kepada pihak kami melalui e-mel ATAU masini@hidayah.edu.my Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami melalui e-mel tertera atau telefon kami di 07-5951208 (Pn Masini binti Abd Latif) pada waktu pejabat (8.00 pg – 4.30 ptg)

Terima kasih