SRIH Menerima Sumbangan Al Quran 2019

ummu khadijah infaq al quran srih tahsin

Pihak Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru sangat berbesar hati menerima sumbangan Al Quran sebanyak 350 naskah dari usaha ibu ibu SRIH yang mengelarkan kump mereka sebagai Ummu Khadijah.

Kumpulan ini juga telah membuka peluang kepada masyarakat luar utk turut menyumbang Al Quran bagi kegunaan Program Tahsin Qiraah di SRIH.

Mereka juga pernah menyumbangkan sebanyak 130 naskah alquran pada 29 Januari 2018 yang lalu.

Ucapan setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga daripada pihak sekolah di atas usaha yang dilakukan,samada yang menyumbang dan yang berusaha mengumpulkan sumbangan tersebut.

Semoga segala usaha – usaha yang dilakukan mendapat sebaik baik ganjaran dari Allah.Insyaallah

Jazakumullah

Ustazah Rohaida Ridzwan
Guru Besar SRIH

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda