Pelancaran Program Inspiring Kindness in School

inspiring kindness in school

Membudayakan Amalan Baik di Sekolah

Tarikh : 10 Mac 2019
Masa : 7.45 pagi – 8.40 pagi
Tempat : Dataran Amanah, Sek Ren Islam Hidayah JB
Perasmi : Hjh Rohaida binti Ridzwan, Guru Besar

Skudai, 10 Mac – Memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid menjadi salah satu tanggungjawab yang penting dimainkan oleh warga sekolah. Justeru, ruang dan peluang perlu dilihat dan diteliti bersama agar program yang dirancang mencapai objektifnya.

Pada Ahad yang lepas, Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru telah melancarkan satu program bagi membudayakan amalan-amalan baik di sekolah. Program itu dinamakan Inspiring Kindness in School. Program ini melibatkan semua pihak yang menjadi keluarga besar Hidayah termasuklah PIBG, Kakitangan Bukan Akademik (KBA), SIH Niaga, Persatuan Pengusaha Bas Sekolah, dan semua warga Pusat Pendidikan Hidayah.

Program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar, Hjh Rohaida Binti Ridzwan. Turut dihadiri Tn Hj Hatta Hushin, Ketua Eksekutif Kewangan PPH merangkap Pengurus Tarbiyah Pusat Pendidikan Hidayah, Ustazah Marshida, Pengurus Tarbiyah Murid SMIH, Pn Afidah Aman, Timbalan Pengerusi PIBG SRIH, Pn Amnah Ahmad, Ketua Operasi SIH Niaga, Pn Norazleen, Wakil Kakitangan Bukan Akademik PPH, barisan KBA dan guru-guru SRIH.

Pelbagai aktiviti dan kempen akan dilaksanakan sepanjang tahun bertemakan “Be Kind, Spread Love”. Antaranya termasuklak, anuugerah Mentee Soleh dan Rajin, Anugerah Mentee Sahsiah Terpuji, kempen kebersihan, kempen kitar semula, kempen SMS, kempen susun kasut, pembudayaan salam dan bersalam, serta banyak lagi yang akan dirangka sepanjang tahun.

Penyelaras Program, Ust Mohamad Fadzil Edris berkata, antara objektif program yang ingin dicapai ialah mewujudkan suasana atau biah yang solehah di sekolah, melahirkan warga SRIH yang saling menghormati, beradab sopan dan berkasih sayang dan menghargai murid-murid yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni serta membuka peluang kepada murid-murid lain untuk mencontohi mereka. Program ini telah mendapat sokongan semua unit dan panitia terutamanya Unit Disiplin, Unit Pembangunan Sahsiah Murid, Unit Keceriaan dan Kebersihan, Projek Kitar Semula, Panitia Al Quran dan lain-lain.

Pihak sekolah mengharapkan agar program ini bukan hanya menjadi sekadar kempen sahaja, tetapi ia juga mampu mengubah budaya di SRIH yang soleh dan musleh dalam melestarikan pembentukan generasi yang rabbani pewaris tanah air tercinta.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda