Pengumuman Rasmi PPH: Perlantikan Pengetua Baharu SMIH JB

0
679

Gambar: Simbolik Mantan Pengetua, Pn Hjh Fauziah Ab Salam (tengah) menyerahkan tugas kepada Pengetua baru, Pn Seri Juli Emas Wati Adnan (kanan).

Pengumuman rasmi Pusat Pendidikan Hidayah Bhd (PPH) berkaitan perlantikan Pengetua baharu Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru (SMIH JB).

  1. Pn Hjh Fauziah Ab Salam telah bersara pada 1 Februari 2019 setelah berkhidmat sebagai pengetua SMIH JB sejak April 2011.
  2. Sehubungan dengan perkara (1) di atas, Lembaga Pemegang Amanah bersama-sama Lembaga Pengelola, PPH telah bersetuju melantik Pn Seri Juli Emas Wati Adnan sebagai Pengetua SMIH JB yang baharu.
  3. Pengumuman ini berkuatkuasa mulai 1 Februari 2019.
  4. PPH dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Hjh Fauziah Ab Salam atas jasa cemerlangnya menerajui SMIH JB selama hampir lapan tahun.
  5. PPH juga mengucapkan tahniah kepada Pn Seri Juli Emas Wati Adnan di atas amanah yang diberikan.

Pusat Pendidikan Hidayah Bhd (PPH)
Skudai, Johor
5 Februari 2019