Majlis Persaraan Pengetua SMIH Johor Bahru

Majlis bermula dengan para guru, pelajar serta tetamu berbaris  di depan pintu masuk sekolah, diikuti dengan perarakan dan paluan kompang.

Hadirin dihiburkan dengan beberapa persembahan seperti kawad berirama, nasyid dan alunan sajak oleh para pelajar dan guru. Selepas itu, Pengetua menyampaikan pesanan dan amanat terakhir sebagai seorang warga pendidik kepada sidang hadirin, diikuti dengan penyampaian hadiah daripada pelbagai pihak sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.

Majlis berakhir dengan Puan Hajjah Fauziah Ab Salam diiringi oleh guru-guru dan pelajar menaiki kereta meninggalkan kawasan sekolah.

Puan Hajjah Fauziah telah berkhidmat dibidang pendidikan khususnya di Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru selama 21 tahun dan 2 bulan. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Pembangunan Sahsiah Pelajar, kemudian dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Pengetua dan akhirnya menjadi Pengetua pada tahun 2011 sehingga sebelum bersama pada 31 Januari 2019.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda