Kemaskini Data Asas Ibu Bapa/Penjaga & Murid Dalam Sistem ASIS & JomPAY


Sekolah telah lama menggunakan sistem ASIS untuk berhubung dengan ibu bapa/penjaga berkaitan aspek pembelajaran dan pembayaran yuran. Adalah menjadi TANGGUNGJAWAB ibu bapa/penjaga mengemaskini data dalam sistem ASIS agar maklumat yang disalurkan dapat sampai kepada tuan/puan.

Ibu bapa DIKEHENDAKI menyemak dan mengemaskini  data (seperti alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat emel dan lain-lain) di capaian www.hidayah.edu.my (pautan: E-waris).  Sekolah memberi tempoh sehingga 30 November 2018 untuk ibu bapa/penjaga mengemaskini data tersebut.


SEMUA ibu bapa/penjaga DIKEHENDAKI membuat bayaran yuran bagi sesi pembelajaran 2019 dengan HANYA menggunakan sistem JomPAY (Rujuk PPH (KEW)/18/26, 14 Mei 2018; capaian web hidayah – yuran> JomPAY).  Kegagalan ibu bapa/Penjaga  menggunakan sistem JomPAY ini menyebabkan pihak sekolah tidak dapat mengemaskini maklumat pembayaran yuran.  Sila hubungi [email protected] sekiranya tuan/puan menghadapi kesulitan.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda