Ucapan Khas Kepada Calon UPSR 2018

0
6296
banner glorious 6a upsr

banner glorious 6a upsr

🗓📊SELAMAT BERJAYA CALON UPSR 2018 SRIH JB

Assalamualaikum wbt.

Semoga semua calon Upsr , ibu bapa calon dan guru2 Srih Jb dalam peliharaan dan rahmat Allah swt.

Masanya kini tiba…Upsr 2018 bermula Isnin 24/9/18. Selamat menduduki Upsr anak-anak Srih yang dikasihi. Semoga semuanya sentiasa dalam keadaan sihat, tenang dan berkeyakinan. Teruskan usaha & kekal fokus mengulangkaji dalam masa2 terakhir ini dan berdoalah dengan penuh kesungguhan & ketundukan kpd Allah swt.

Semoga segala usaha & pengorbanan kalian dalam menuntut ilmu diberkati Allah swt dan diberikan kefahaman yang benar, daya ingatan yang baik dan dapat menjawab semua soalan Upsr dgn tepat & betul. Seterusnya jgn kita lupa…Setelah kita berusaha..kita bertawakal kepadaNya.

Untuk ibp dan guru2… usaha dan sokongan kita kepada anak2 selama ini amat besar ertinya pada mereka. Di saat mereka sedang berdebar menanti hari peperiksaan ini… peranan kita menitipkan keyakinan & ketenangan di hati mereka amat penting. Ayuh kita santuni mereka dengan hati & juga dengan doa. Doa2 kita sebagai ibp & guru akan dapat membantu mereka dalam pelbagai sudut. Insya Allah.

Selamat berjaya anak anak yang dikasihi, selamat berjaya ibu bapa yang dihormati, selamat berjaya guru guru yang dihargai. Moga semua berjaya disisi Illahi. Aamiin.

Akhir kata…”mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar & solat” : Al baqarah : 45

Salam kejayaan dunia & akhirat

Rohaida Ridzwan
Gb Srih Jb
22/9/18