Rumah Merah Juara Keseluruhan Sukan SRIH 2017


Sukan Tahunan SRIH kali ini telah diadakan pada 25 Februari 2017 di Stadium Azman Hashim UTM Skudai yang telah dirasmikan oleh En Ahmad Taufik Bin Hamzah selaku Penolong PPD Pembangunan dan Kemanusiaan.

Pada sukan kali ini SRIH telah menjemput SK Kg Maju Jaya, Sekolah Rendah Islam Johor, SJKC Foon Yew 3 dan SK Bandar baru Uda 2 untuk menyertai Acara Larian 4x100m di mana telah dimenangi oleh SKBBU2, SRIH di tempat yang kedua manakala SRI Johor di tempat yang ketiga.

Acara telah bermula dari jam 8.30pg ~12.45 tgh hari. Dalam acara perbarisan telah dimenangi oleh Rumah Kuning, manakala Juara Keseluruhan telah dimenangi oleh Rumah Merah.

Jazakalllah Kepada Guru-Guru, PIBG dan Ibu bapa yang terlibat menjayakan Sukan Tahunan kali ini.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda