Pertandingan Pidato Piala Belia ABIM Kali Ke-2

Pada 26 Oktober 2013 (Sabtu), Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) telah menghantar 2 wakil iaitu Siti Maryam Ariff Bistami dan Suhail Hishamuddin dari kelas 3 Intisor dan 3 Ittifaq ke Pertandingan Pidato Piala Belia ABIM Kali Ke-2 yang telah diadakan di Dewan Tunku Kursiyah, Kompleks Mustika Tambun, Johor Bahru.

SMIH telah mendapat Johan Kategori Banat dan juga Johan Keseluruhan. Johan telah mendapat sijil, pakej lawatan sambil belajar ke Pulau Bintan, Indonesia bernilai RM1,000.00 dan wang tunai sebanyak RM250.00. Sekolah pula menerima Sijil Johan Keseluruhan dan Piala Pusingan. Suhail Hishamuddin pula menerima sijil penyertaan.

Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Sekolah Al-Khairiyah Mersing dan peserta yang memenangi adalah pelajar lelaki. Mereka telah menghantar 3 penyertaan. 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda