HARI JALINAN MESRA TINGKATAN 1 – 5 SESI 2012
Semoga tuan/puan berada dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t. Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa kami akan mengadakan Hari Jalinan Mesra sesi 2012. 

 2. Butir-butir lanjut berhubung majlis tersebut adalah seperti berikut :
 

Ting 1, 2 & 4  Ting 3 & 5 
 Tarikh 29 Jun (Jumaat) 29 Jun 2012 (Jumaat)  
 Masa 10:00 pg ~ 12:30 tgh 2:30 ptg ~ 4:30 ptg 
 Tempat

Dewan Khandak
(Kelas Ting 5)

Dewan Khandak
(Kelas Ting 5)  
 
 
3. Kami sangat berharap agar tuan/puan dapat meluangkan masa untuk menjayakan majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan dapat meningkatkan lagi kerjasama di antara kedua-dua belah pihak demi keberkesanan pendidikan anak-anak kita. 
4. Bagi ibu bapa yang masih mempunyai tunggakan yuran, besarlah harapan kami agar tuan/puan dapat menjelaskannya di Pejabat Am sekolah.
5. Bagi ibu bapa yang tidak dapat hadir pada masa yang dijadualkan, boleh berjumpa dengan guru-guru berkenaan  pada masa-masa lain dengan membuat temujanji terlebih dahulu.
Segala sokongan dan kerjasama tuan/puan amat kami hargai dan kami dahului dengan “Jazakumullahu Khairan Khatira”. Sekian, wassalam.
 
 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda