KRS(M) SMI Hidayah Cemerlang (PENARA 2010)

 

Pada 27 – 30 Disember 2010, KRS(M) SMI Hidayah telah menghantar kontinjen seramai 32 orang terdiri daripada 10 orang syabab (putera) dan 22 orang fatayat (puteri) untuk 

menyertai Perkhemahan Nasional Di Udara (PENARA) di Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor anjuran KRS MUSLEH. Kontinjen ini diketuai oleh saudara Farid Raziman dan diiringi oleh 3 orang guru pengiring / penasihat iaitu En. Azri bin Ali, Cik Norhidayati Zulkafli dan Cik Normely bt Abd. Razak. 

Tema perkhemahan pada tahun ini ialah, “Ukhuwah Teras Kegemilangan”. Antara aktiviti utama perkhemahan ini ialah pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan Radio Amatur dan pertandingan antara sekolah iaitu pertandingan Kem Kraf, Bantu Mula, Gajet dan Based (Basic self defence). Pada pertandingan tersebut, pasukan Syabab cemerlang apabila meraih 3 Johan daripada 4 pertandingan iaitu Kem Kraf, Bantu Mula dan Gajet. Sayangnya, mereka tidak mendapat kejayaan dalam pertandingan Based tetapi tetap memberikan persembahan yang terbaik. Bagi pasukan Fatayat pula, walaupun tidak mencapai kejayaan, persaingan yang diberikan mereka amat sengit dan hampir – hampir beroleh kejayaan namun nasib tidak menyebelahi mereka. Kejayaan sebenar Kontinjen ini ialah dari segi semangat kerjasama dan disiplin yang tinggi yang ditunjukkan sepanjang latihan dan program tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program ini. Semoga kejayaan yang dicapai menjadi pendorong dan menarik minat pelajar untuk menyertai program seumpama pada masa mendatang.   

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda