PELAJAR HIDAYAH WAKIL JOHOR

Guru dan pelajar-pelajar terpilih mewakili Johor ke pertandingan MSSM 2010

 

Pada 6-12 Jun 2010, 3 orang pelajar kita telah terpilih mewakili Johor dalam acara sukan masing-masing ke MSSM 2010. Maisarah binti Othman dan Abdullah Marwan bin Mohd Khair telah terpilih mewakili Johor ke Pertandingan Memanah MSSM yang diadakan di SMK King George V di Seremban Negeri Sembilan. Pertandingan tersebut menyaksikan Maisarah menduduki tangga ke-15 individu dan tangga ke-5 bagi acara berpasukan. Manakala Abdullah Marwan menduduki tangga ke-10 individu keseluruhan dan telah membantu pasukan L12 yang dilatih oleh Ustaz Ezaidin Norman mendapat Naib Johan bagi kategori Berpasukan. Anas bin Abdul Jalil pula telah berjaya mewakili negeri Johor ke Pertandingan Bolasepak L18 Tahun MSSM yang diadakan di Terengganu. Namun begitu, pasukan Johor tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan yang turut terdiri daripada pasukan Wilayah Persekutuan dan Perak. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar berkenaan di atas kejayaan mewakili negeri ke peringkat MSSM. Semoga ia memberi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk juga berjaya bukan sahaja dalam bidang akademik malah dalam bidang kokurikulum juga.

 

 

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda