Guru-Guru SMIH Cemerlang

Tanggal 16 Mei 2010 memberikan keceriaan berganda kepada guru-guru Hidayah apabila pada tarikh berkenaan selain menyambut Hari Guru, para guru Hidayah meraikan kejayaan apabila mendapat Naib Johan dan Tempat Ke-4 dalam Pertandingan Ping Pong Antara Guru-Guru Daerah Johor Bahru Sempena Sambutan Hari Guru. Pada pertandingan tersebut Sekolah Menengah Islam Hidayah telah menghantar 2 pasukan iaitu Hidayah A yang dibarisi oleh Us Ezaidin Norman, Us Azmen Yusof dan Us Omar Daniel, manakala Hidayah B diwakili Us Azri Ali, En Mohd Yazid Salikin dan seorang pemain jemputan dari SMK Dato Jaafar, Cikgu Wan Khairul. Kedua-dua pasukan telah melayakkan diri ke separuh akhir dan telah diundi sesama sendiri yang menyaksikan pasukan Hidayah A telah menewaskan Hidayah B dengan 2-1. Namun begitu, kecemerlangan pasukan Hidayah A tersekat di Final apabila telah tewas 0-3 kepada pasukan PPD JB. Faktor kekalahan banyak disebabkan oleh faktor kecederaan yang agak serius kepada pemain utama dan ketua pasukan, Us Ezaidin Norman. Pasukan Hidayah B juga mengalami nasib yang sama dalam pertembungan tempat ke-3 dan ke-4.Kejayaan ini adalah berkat sokongan yang diberikan oleh pihak sekolah terutamanya yang telah menaja pasukan Hidayah ke pertandingan tersebut yang telah diadakan di Dewan Besar, Hospital Permai Tampoi.

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda