Pasukan SMIH Johan Debat Bahasa Arab UIA 2010

 

Pasukan debat Bahasa Arab Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan debat antara sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Di peringkat akhir pertandingan tersebut, pasukan SMIH telah mengalahkan pasukan Kolej Islam Sultan Alam Shah (dahulu lebih dikenali Koleh Islam Kelang) dalam  IIUM Inter-school Debating Championship 2010. KISAS adalah antara 5 sekolah kluster berasrama penuh terpilih termasuk MCKK, TKC, SAS dan SC Fares Perta.

Pasukan pendebat BA SMIH telah diwakili oleh Anas Hairozi, Noorizzati Azmi, Sulaiman Zamani dan Asim Mohd Hatta.

Tahun ini adalah tahun pertama debat Bahasa Arab diperkenalkan.  Di samping perdebatan Bahasa Arab, perdebatan bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu juga dipertandingkan.

Pada perdebatan yang sama tahun 2009, pasukan SMIH telah mengondol pingat johan dalam perdebatan Bahasa Melayu dan naib johan dalam perdebatan Bahasa Inggeris.  Pada tahun ini, kedua-dua pasukan BI dan BM tidak berjaya mempertahankan kejuaraan tersebut.

Kejohanan debat yang menjadi buruan semua sekolah-sekolah seluruh Malaysia ini, termasuk semua sekolah-sekolah berasrama penuh kerajaan, telah di adakan pada 16-21 April 2010 di kampus UIA, Gombak.

Pertandingan debat Bahasa Melayu 2010 ini telah menyaksikan KISAS selaku johan mengalahkan STAR Ipoh.  Bahasa Inggeris pula Methodist Boys School mengalahkan Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama.  Suatu yang menarik ialah, di sepanjang pertandingan ini, Methodist Boys School tidak pernah dikalahkan kecuali sekali iaitu oleh pasukan Bahasa Inggeris SMIH.

 Pertandingan tahun ini juga menyaksikan beberapa kejayaan tambahan iaitu;

  1. Anas Hairozi adalah pendebat terbaik peringkat akhir BA.
  2. Anas Hairozi adalah pendebat ke 2 terbaik dalam keseluruhan pusingan perdebatan.
  3. Sulaiman Zamani adalah pendebat ke 3 terbaik keseluruhan pusingan perdebatan.
  4. Dalam “top 10 ranking” terbaik pendebat Bahasa Inggeris, pendebat SMIH Dalila Kahar mendapat tempat ke 8 dan Huzaifah tempat ke 10.

Tahniah diucapkan kepada pasukan SMIH terutamanya pengetua, guru-guru, pedebat-pendebat, alumni dn seluruh warga Hidayah yang telah menyumbang kepada kejayaan ini.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda