Smih menerima kunjungan dari guru dan pelajar Yurihama Gakuen Jepun

0
785

 

Pada 20hb Oktober 2009,Sekolah Menengah Islam Hidayah telah dikunjungi oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dari Yurihama Gakuen Jepun.

Bertemakan pertukaran budaya Malaysia-Jepun, lawatan ini membuka ruang untuk kedua-dua pihak mengenali budaya dan resepi kecemerlangan masing-masing.Rombongan ini telah diketuai oleh Mr Tsukiyama (Guru Besar) bersama 4 orang guru dan 45 orang pelajar.
Guru-guru dan pelajar-pelajar dari jepun telah tiba ke Smih pada pukul 2.30 petang dan disambut dengan pukulan kompang terus berarak ke Dewan Al Qadisiyah.

Acara dimulakan dengan bacaan Al Fatihah oleh saudara Muhammad bin Mahmod diikuti ucapan dari wakil pelajar Smih oleh saudara Wan Abdul Rahman dan wakil pelajar Yurihama oleh saudara Keiko.Selapas itu Pengetua Smih Puan Kamaliah Noordin memberi ucapan aluan dan diikuti Pengetua Yurihama Gakuen iaitu En Tsukiyama.

Pelajar Smih membuat persembahan Dikir Barat dan Nasyid manakala pelajar Yurihama telah membuat tarian Rosyoko soran-soran.Selepas itu kedua-dua sekolah bertukar-tukar budaya dalam penulisan seni Khat(Jawi) dan Seni Kanji.Pelajar-pelajar dari jepun ini juga diajak bermain permainan tradisional Malaysia iaitu Batu seremban,congkak dan ceper.

Semoga lawatan ini menyumbang kepada matlamat sekolah untuk menyemarakkan pendidikan Islam ke seluruh negara melangkaui batasan geografi.

Pelajar dari Yurihama sedang bermain congkak bersama pelajar Smih

 

Bertukar tulisan khat dan kanu