Cuti Sempena Peperiksaan PMR 2009

6 October 2009

Adalah dimaklumkanbahawa Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan berlangsung dari tarikh

7 Oktober 2009 (Rabu) hingga 13 Oktober 2009 (Selasa). Sehubungan itu, pelajar-pelajar Tingkatan I dan 2 akan dicutikan pada hari-hari tersebut dan mula bersekolah semula pada 14 Oktober 2009 (Rabu). Ini sebagai langkah untuk mengurangkan gangguan kepada pelajar Tingkatan 3. Manakala bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5, mereka akan bersekolah seperti biasa.

Walau bagaimanapun.  kelas akan diadakan bagi pelajar Tingkatan I dan 2 secara bergilir seperti jadual berikut :

 

 

 

KELAS

TARIKH / HARI

MASA

SEBAB DIADAKAN KELAS

2 Thiqah

7/10/09 (Rabu)

 

7.45 pg – 2.00 ptg

Habiskan silibus Sains

2 Athif

8/10/09 (Khamis)

2 Tajarrud

9/10/09 (Jumaat)

2 Islah

10/10/09 (Sabtu)

1 Hikmah

12/10/09 (Isnin)

Habiskan silibus ERT dan Geografi  (Banat sahaja)

1 Ihsan

13/10/09 (Selasa)

 

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan. Segala kerjasama yang diberikan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

 
Terima kasih, wassalam.

 

BERILMU        BERAMAL       MEMIMPIN

Kongsikan dan Sebarkan